BUDAYA

Dalam meneruskan seni warisan budaya yang ditinggalkan oleh nenek moyang katani, terdapat anak-anak muda tampil untuk menyahut seruan itu. Begandang, begambus, begulintangan, meniup seruling dan ampung serta mengesel Biola dengan tujuan memberi khidmat sosial dan masyarakat dalam membuat persembahan kebudayaan sempena majlis kahwin, pembukaan rasmi, dan majlis-majlis yang bersesuaian baik di rumah-rumah mahupun di dewan-dewan dan hotel-hotel.

RIZQUN INTERNATIONAL HOTEL: AHAD, 12 JULAI 2009.


RIZQUN HOTEL NAMA DIBERI

RAJA SEHARI PENUH BERGAYA

CITRASENI BERGANDANG LAGI

BERJUANG DEMI WARISAN BUDAYA





apa yang kamu tengok?





Si Azmi nada ia tukang gambar masa ne




Persembahan citraseni semakin mantap dengan menampil penyanyi yang merupakan teman lama citraseni. Orangnya kacak, suara macho namanya Fauzie. Majlis perkahwinan ini juga tidak kurang menarik dengan adanya persembahan POCO-POCO dari keluarga pengantin yang mengenalkan kumpulan mereka dengan nama HI family. 10 orang remaja belasan tahun lelaki dan perempuan berpoco-poco. Meriah sungguh dewan ketika itu.

Tetapi sayang beribu-ribu sayang, dalam keseronokan menanti pengantin lelaki tiba. Tunggu punya tungu punya tunggu bulan tak timbul-timbul! Pengantin perempuan dengan penuh debaran menanti abang sayang belum juga muncul-muncul, sempat juga pengacara menghiburkan pengantin perempuan dan tetamu yang hadir dengan jenaka beliau. Nampak senyum simpul pengantin yang memang cute cunnnnnn gitu.

Pembukaan lagu dengan laksamana, memang lagu yang cun. Lagu winter sonata juga menjadi permintaan keluarga pengantin bagi mengisi ruang kosong dalam penantian pengatin lelaki yang belum tiba tadi. Tidak disangka, sekumpulan tetamu yang berumur lingkungan 50-60 menjadi peminat citraseni sehingga mereka bertepuk tangan tanda terhibur dengan keharmonian dan kesyahduan pemuzik-pemuzik muda yang berjiwa seni. Citraseni merasa bangga menjadi salah satu kumpulan yang mewarisi warisan nenek moyang ini. Hidup gulintangan!!!

Hadir: Edy, ali, amir, azmi, halim, akmal, penyanyi Fauzie

Tidak hadir: nabil (masih tersangkut di Laut China Selatan)

Pakaian: ditaja oleh gagak hitam dengan jong sarat bertatah emas buatan tangan.

Makanan: lazat (macam minggu lapas jua menunya, layan saja,….. rezeki Allah)

Camera: Tinggal , pakai hp si Azmi ja..

0 comments:

 

Citra Seni Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template