BUDAYA

Dalam meneruskan seni warisan budaya yang ditinggalkan oleh nenek moyang katani, terdapat anak-anak muda tampil untuk menyahut seruan itu. Begandang, begambus, begulintangan, meniup seruling dan ampung serta mengesel Biola dengan tujuan memberi khidmat sosial dan masyarakat dalam membuat persembahan kebudayaan sempena majlis kahwin, pembukaan rasmi, dan majlis-majlis yang bersesuaian baik di rumah-rumah mahupun di dewan-dewan dan hotel-hotel.

Ahad 5 julai 2009: Dewan Songket, Rizqun Hotel, Gadong

0 comments















Majlis perkahwinan yang mendebarkan yang pernah disaksikan dengan lampu dewan padam seketika menandakan keberangkatan raja dan ratu sehari masuk dewan dan menuju pelaminan yang awalnya disembunyikan disebalik tabir merah di atas pentas. Dengan pantun dan gurau senda juruacara yang berpengalaman mencuit hati siapa yang datang. Majlis ini dilengkapi dengan bukan 1 persembahan bahkan 3 persembahan iaitu gulintangan dari Citraseni, kumpulan Silat dari Sekolah Sukan dan Kumpulan Tausheh dari belia-belia masjid (usulnya?). Berselang seli antara citraseni dan tausheh menghibur tetamu.

Seawal pukul 9 lalu sudah menset instruments supaya inda berabut-rabut (amalan yang baik) ehehe. Sambil nunggu cikgu Amir datang, citraseni melakukan sound check dan latihan ringan. Persembahan berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga terdapat meminat dari Negara luar yang berumur 4 atau 5 tahun, hehehe.

Persembahan tamat sekitar pukul 1.30 ptg dang sesuatu yang menyenangkan keraja citraseni apabila dapat menggunakan trolley yang bersais gajah dan lift yang boleh memuatkan 20 orang.

Hadir: eddy, ali, amir, azmi, halim dan akmal

Tidak hadir: nabil

Pakaian tajaan: Nazmi Textile Mall … heheh

Minggu hadapan citraseni akan begandang di sini lagi dengan pengantin yang lain pula. Hajat hati kan ninggalkan instrument di sini. Tapi apa kan daya, ngak boleh…..jumpa di saaaaaaaannaaaaaa.

 

Citra Seni Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template