BUDAYA

Dalam meneruskan seni warisan budaya yang ditinggalkan oleh nenek moyang katani, terdapat anak-anak muda tampil untuk menyahut seruan itu. Begandang, begambus, begulintangan, meniup seruling dan ampung serta mengesel Biola dengan tujuan memberi khidmat sosial dan masyarakat dalam membuat persembahan kebudayaan sempena majlis kahwin, pembukaan rasmi, dan majlis-majlis yang bersesuaian baik di rumah-rumah mahupun di dewan-dewan dan hotel-hotel.

17.01.2010 Kampong Kulapis

0 comments







Walaupun hujan melanda dan air hujan membasahi kasut-kasut kami tapi muzik kami tetap kami teruskan hingga titik penghabisan.. hehehe

Kali ini kami turun ke Kampong Kulapis. Ada yang setangah daripada kami turun awal kerana kampong kulapis adalah baru dalam kamus kami. Tak percaya, kerana salah sorang daripada kami ada yang sasat hingga ke tasik merimbun. Jauh tu. Tapi ketibaan nya di sambut oleh kami dengan senyuman manis.

Jam 2 lalu kami pun berangkat pulang. Tapi ada yang setengah dari kami yg menuruskan ingin lepak,makan dan minum.

Minggu ini kami tak beraksi dan minggu depan.. tapi bulan 2(feb) kami mula menganas..

Hidup Citra Seni
 

Citra Seni Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template